Thursday 2 April 2015

Cara Penjagaan Tudung Fareeda

STEP 1: Mulakan dengan membalut/bungkus ‘brooch’ dengan plastik dan ikat dengan getah barang saja. 




STEP 2: Sapukan dynamo pada kotoran di awning (sekiranya ada minyak bekas foundation). Tuangkan dynamo @ fabrik wash sedikit dan diikuti dengan softlan downy kedalam besen/baldi.







STEP 3: Rendamkan tudung tapi pegang brooch yang telah dibalut dengan plastik tadi, (elak dari brooch basah dan berkarat) gosok perlahan-lahan dibahagian awning dan layer tudung.





STEP 4: Sekiranya awning tudung tadi berlainan warna dengan body tudung. Celup dulu awningnya takut warna tadi melekat pada body tudung. (kalau untuk basuhan pertama kali haruslah berhati-hati takutkan ada warna tudung akan tercampur)

STEP 5: Cara menjemur hanya menjemur tudung di luar selama setengah jam atau satu jam sahaja, (bergantung kepada tudung) untuk toskan air yang menitik dan selepas itu tudung ini akan dijemur ditempat
yg redup. (bagi mengekalkan warna)




Cara Pemakaian Tudung Fareeda


   Pertama pinkan tudung di bawah dagu, lilitkan bahagian kiri ke belakang, pinkan tudung di    atas    kepala, ambil turun ke bahu kanan, selitkan bahagian itu, sebelah kanan letakkan di atas bahu kiri dan kemaskan tudung, siap untuk digayakan.






Koleksi Tudung Fareeda Yang Menarik


















Latar Belakang Pengasas Tudung Fareeda




Mawar Abdul Karim : 

Umur : 24 Tahun.
Asal : Pulau Pinang.
Agama : Islam.
Tempat Menetap : Kuala Lumpur.
Status : Baru berkahwin, isteri kepada pelakon Fizo Omar.
Pekerjaan : Model dan pengurus pemasaran jenama tudung Fareeda. 
Mawar ialah anak kepada Faridah Zakaria iaitu pengasas tudung jenama Fareeda. Pada hari Ahad 10 November 2013, Mawar sah bergelar isteri kepada Fizo Omar dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di rumah keluarga perempuan di Country Heights, Kajang. 

Monday 30 March 2015

Tudung Fareeda Nyata Jelitaaa



                                    
                                        



Assalamualikum semua..hari ini saya akan berkongsi satu jenama tudung yang tidak asing lagi kepada kita.Hampir semua semua wanita di Malaysia mempunyai koleksi tersebut, walaupun harganya agak  mahal tapi berbaloi bagi mereka yang memakainya.Kerana kualiti yang diutamakan,selain rekaan yang pelbagai dan juga menarik minat para wanita.Lets move guyss =).

Tudung Fareeda satu jenama yang tidak asing lagi bagi pengemar tudung exclusive di Malaysia.Satu ketika dahulu mungkin ada yang mengatakan bahawa wanita bertudung sukar untuk bergaya dan nampak menarik terutama bagi mereka yang berjawatan tinggi dan  exclusive, namun dengan kehadiran tudung 'generasi baru' semua pandangan ini boleh diketepikan nsama sekali.

Wanita bertudung masih boleh kelihatan anggun jika pandai memilih tudung, gaya dan aksesori.Bahkan, corak dan gaya tudung semanangnya menampilkan perubahan yang begitu ketara bagi mengetengahkan lagi sifat kewanitaan pada si pemakai.Bagi kebanyakan wanita, tudung bukan sekadar memakainya dan mengayakan kerongsang di atas bahu atau di bawah dagu.Ia memerlukan teknik supaya nampak gergaya.Justeru itu, untuk tampil berbeza , tudung jenama Fareeda bakal memberi 'wajah baru' kepada wanita kerana ia sesuai dan mudah digayakan sama ada untuk aktiviti kasual atau majlis rasmi..