Monday 30 March 2015

Tudung Fareeda Nyata Jelitaaa



                                    
                                        



Assalamualikum semua..hari ini saya akan berkongsi satu jenama tudung yang tidak asing lagi kepada kita.Hampir semua semua wanita di Malaysia mempunyai koleksi tersebut, walaupun harganya agak  mahal tapi berbaloi bagi mereka yang memakainya.Kerana kualiti yang diutamakan,selain rekaan yang pelbagai dan juga menarik minat para wanita.Lets move guyss =).

Tudung Fareeda satu jenama yang tidak asing lagi bagi pengemar tudung exclusive di Malaysia.Satu ketika dahulu mungkin ada yang mengatakan bahawa wanita bertudung sukar untuk bergaya dan nampak menarik terutama bagi mereka yang berjawatan tinggi dan  exclusive, namun dengan kehadiran tudung 'generasi baru' semua pandangan ini boleh diketepikan nsama sekali.

Wanita bertudung masih boleh kelihatan anggun jika pandai memilih tudung, gaya dan aksesori.Bahkan, corak dan gaya tudung semanangnya menampilkan perubahan yang begitu ketara bagi mengetengahkan lagi sifat kewanitaan pada si pemakai.Bagi kebanyakan wanita, tudung bukan sekadar memakainya dan mengayakan kerongsang di atas bahu atau di bawah dagu.Ia memerlukan teknik supaya nampak gergaya.Justeru itu, untuk tampil berbeza , tudung jenama Fareeda bakal memberi 'wajah baru' kepada wanita kerana ia sesuai dan mudah digayakan sama ada untuk aktiviti kasual atau majlis rasmi.. 



No comments:

Post a Comment